~Extra~

Latihan dan Jawapan

KLON PMR 2008












  

Rajah 1

1) Gambar rajah 1 berikut dikaitkan dengan
A. tumbuhan gurun
B.tumbuhan tundra
C. hutan Mediterranean
D. hutan monsun tropika

TIP JAWAPAN
Rajah berikut ialah pokok kaktus. Pokok ini tahan panas dan sesuai hidup dikawasna yang kering.

JAWAPAN :A


KLON PMR 2007
2)  Apakah ciri tumbuhan semula jadi di kawasan Siberia?
A. Berakar panjang
B. Tumbuhan padat dan semak
C. Berbentuk seperti ikon
D. Batang berongga

  
TIP JAWAPAN
Kawasan Siberia mengalami musim sejuk yang panjang dan musim panas yang singkat serta terdapat kawasan hutan konifer atau hutan tirus yang paling luas di dunia.

JAWAPAN : C

TIP PINTAR PMR
Subtopik yang sering ditanya dalam peperiksaan PMR ialah ciri-ciri hutan di pelbagai kawasan seperti Gurun Thar, Siberia dan Turki serta taburan hutan di atas peta.

3. Haiwan liar yang hidup di Gurun Sahara ialah
A. dhab
B. ular sawa
C. beruang putih
D. gajah

JAWAPAN : A

4. Mengapakah tumbuh-tumbuhan semula jadi tumbuh jarang di kawasan tundra?
A. Kekurangan kerpasan
B. Tanihnya beku dan nipis
C. Suhu panas yang melampau
D. Sukar menggunakan jentera

JAWAPAN : B

5. Jenis pokok yang tumbuh di hutan Mediterranean ialah
I. oak
II. cengal
III. jati
IV. jarrah

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

JAWAPAN : B

6. Antara berikut faktor yang mempengaruhi kepelbagaian jenis tumbuh-tumbuhan semulajadi di Malaysia ialah
I. Bentuk muka bumi
II. Tanih
III. Saiz penduduk
IV. Bentuk muka bumi

A. I, II dan II
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

JAWAPAN : B














X berada di tengah tiga bulatan ini.

7) Habitat X mungkin sekali terdapat di
A. Siberia
B. Thar
C. Thailand
D. Greenland

JAWAPAN : B


Ulasan Soalan PMR

2001: soalan 48
  • Samun dan hutan bangkut di kawasan yang kering 
  • Hutan malar hijau di kawasan yang menerima hujan melebihi 600mm
  • Hujan maksimum dalam musim dingin 
Senarai di atas merujuk kepada kawasan yang mengalami iklim jenis
A. Monsun tropika
B. Siberia
C. Gurun panas
D. Mediterranenan

Ulasan:
Penyataan yang dinyatakan ialah ciri tumbuh-tumbuhan Mediterranean. Manakala hujan maksimum dalam musim dingin ialah ciri iklim Mediterranean.

Jawapan: D

2001: Soalan 47
  • Tumbuhan lantai padat 
  • Daun pokok gugur pada musim kering
  • Banyak buluh dan rotan
 Berdasarkan ciri-ciri di atas, di kawasan manakah ciri tumbuhan tersebut boleh didapati ?
A. Malaysia
B. Thailand
C. Siberia
D. Gurun Sahara

Ulasan
Ciri-ciri yang dinyatakan ialah ciri tumbuhan monsun tropika yang terdapat yang terdapat di Thailand. Tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia ialah hutan hujan tropika, tumbuhan jarang di Gurun Sahara, hutan konifer di Siberia.

Jawapan: B

Uji Diri
1. Apakah jenis tanih yang sesuai untuk pertumbuhan hutan paya air masin ?

2. Nyatakan ciri-ciri utama tumbuh-tumbuhan semula jadi di kawasan gurun panas.

3. Apakah faktor yang menyebabkan tumbuh-tumbuhan semula jadi di kawasan tundra jarang ?

4. Moose dan burung Crossbill dapat ditemui di kawasan yang beriklim...

5.Kenapakah tumbuh-tumbuhan di lantai hutan monsun tropika padat ?

Jawapan

1.Tanih berlumpur.

2. Batang berongga dan berlendir, berakar panjang, daun kecil, keras, dan berdiri.

3. Suhu sangat sejuk, tanih sentiasa diliputi ais, jumlah kerpasan kurang daripada 2 500mm setahun.

4. Mediterranean.

5. Cahaya matahari dapat sampai ke dalam hutan kerana pokok-pokoknya sederhana padat.