1. Ciri Iklim
- Mengalami satu musim kering dan satu musim lembap yang lembap.
- Musim hujan di antara bulan Mei hingga Oktober.
- Musim kering di antara bulan November hinnga April.
- Suhunya tinggi tetapi tidak seragam.
- Min suhunya di antara 24 °C hingga 27 °C.
- Julat suhu tahunan adalah besar, iaitu 3 hingga 11.
- Hujan tahunann di antara 1 000mm hingga 2 000mm.
- Hujan lebat turun di antara bulan Mei hingga September.
- Hujan lebat dibawa oleh angin Monsun Barat Daya yang bertiup dari laut ke darat.
- Kebanyakan hujan turun dalam bentuk hujan bukit atau hujan relief.
- Hutan monsun tropika tumbuh dengan banyak di Thailand kecuali di selatan Thailand.
- Pokok-pokoknya sederhana padat menyebabkan tumbuhan lantainya padat.
- Tumbuhan lantainya padat kerana cahaya matahari dapat sampai ke lantai hutan.
- Pokok-pokoknya tinggi, iaitu 20 meter hingga 50 meter.
- Menggugurkan daunnya pada musim kemarau, iaitu di antara bulan November hingga Mac.
- Terdapat pelbagai jenis tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan tumbuh secara dirian tulen.
- Tumbuh-tumbuhan utama termasuk jati, pyinkado, cendana, pedauk, sal, inkanyin, yang dan mahogani.
- Contoh tumbuh-tumbuhan lantai hutan termasuklah paku-pakis, semak-samun, herba, buluh dan tumbuhan menjalar.
- Kayu jati merupaka kayu keras yang paling berharga.
- Thailand merupakan pengeluar kayu jati yang utama di dunia.
- Hutan monsun tropika adalah habitat bagi kira-kira 200 spesies haiwan, 800 spesies burung, 100 spesies amfibia dan 150 spesies reptilia.
- Antara contoh hidupan liar ialah cerpelai, gajah, harimau, musang, anjing liar, ular dan badak sumbu.
- Burung-burung yang hidup seperti burung murai, burung belatuk dan burung nuri.
burung belantuk
Bangau
Ular tedung
Gajah
-Gambar di atas merujukkan beberapa jenis hidupan liar di hutan monsun tropika Thailand.